Eina Azman dapat kereta lagi



EINA menerima sebuah lagi kereta mewah berwarna hitam dipercayai jenis Mercedes sempena hari lahirnya yang ke-23.

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai masih ingat, pelakon, Datin Paduka Eina Azman pernah menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro sebagai hantaran perkahwinannya, kira-kira empat tahun lalu.
Bahagia melayari alam rumah tangga hingga dikurniakan anak kembar berusia dua tahun, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, cinta si suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah terhadap Eina terus mekar.
Terbaharu, Eina menerima sebuah lagi kereta mewah berwarna hitam dipercayai jenis Mercedes sempena hari lahirnya yang ke-23 pada majlis keraian di sebuah hotel di sini, kelmarin.
Cukup romantis, Kaiser membuat kejutan dengan meminta kenderaan itu dipandu ke perkarangan hotel di mana isteri dan tetamu menunggu hadiah istimewa berkenaan.
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman menjerit kegembiraan sebaik diberitahu itu adalah hadiah hari jadinya.
DATIN Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah.
"Syukur Alhamdulillah... Terima kasih sayang untuk majlis hari jadi yang menakjubkan. Saya sangat gembira. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagi menggambarkan perasaan saya.
"Terima kasih sayang kerana menjadi suami serta ayah yang baik," kata Eina yang berkongsi kegembiraan di Instagram.
Eina dan Kaiser berkahwin pada 31 Ogos 2014.
Bulan lalu, Kaiser menghadiahkan jam tangan jenama Rolex kepada Arianna dan Karl apabila mereka menyambut hari jadi yang kedua tahun, bulan lalu.
DATIN Eina Azman. - Foto Munira Abdul Ghnai
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==