'Najib warisi karisma Anwar Ibrahim'

'Najib warisi karisma Anwar Ibrahim'


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mewarisi kualiti pemimpin Umno terdahulu.

Menurut Annuar, selain mewarisi kualiti bekas perdana menteri sebelumnya, Najib juga mewaris karisma Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi, karisma Anwar Ibrahim, ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Selain itu, jelas Annuar, pencapaian Najib dalam tempoh sembilan tahun pentabirannya juga mencipta legasi lebih baik berbanding 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambahnya, Najib sangat cekal dan komited dengan visi dan agenda transformasinya untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

"Lihat saja Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi," katanya."

"Pastinya Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa anak didiknya, Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka," katanya.


Antara pencapaian Najib, jelas Annuar, adalah mewujudkan perpaduan nasional yang utuh, hubungan dengan istana yang sangat baik, rating ekonomi yang lebih bagus, hubungan diplomatik yang jauh lebih terserlah, rezab negara yg hampir lima kali lebih tinggi serta KDNK yang jauh lebih berkembang.

Najib juga, kata Annuar, lebih kreatif dalam menyusun semula subsidi agar lebih bersasar, meningkatkan sentuhan rakyat dengan pelbagai bantuan, menyantuni rakyat Sabah dan Sarawak dengan lebih komitmen, selain mentransformasi Pantai Timur dengan lebih berkeyakinan.

Anwar berkata, lubuk hati Dr Mahathir pasti meyakini keupayaan Najib melakukan hal yang pengerusi BERSATU itu gagal lakukan ketika menjadi perdana menteri.

Anggota parlimen Ketereh itu turut mendakwa, Dr Mahathir menyertai pembangkang kerana "tiada pilihan".

"Hati kecil Dr Mahathir tahu DAP bukan pilihan, Anwar bukan sesuai diberi peranan dan Mat Sabu hanya sekadar ayam sabungan.

"Dr Mahathir tahu dek lukanya yang mendalam berpunca daripada pemecatan anak kesayangannya, Datuk Seri Mukhriz daripada jawatan menteri besar Kedah tidak lama dulu," katanya.

sumber : malaysiakini.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==