Tanpa Red Giants Stadium Shah Alam tidak rugi



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mendakwa Stadium Shah Alam tidak berhadapan masalah pendapatan meskipun tidak digunakan pasukan bola sepak Selangor pada musim ini.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, stadium berkenaan mempunyai dua sektor pendapatan utama iaitu sewa tapak parkir dan sewa stadium bagi pelbagai kegunaan lain.

Katanya, meskipun pasukan Red Giants tidak berpeluang menggunakan stadium berkenaan pada tahun ini, pendapatan stadium itu jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
"Menerusi sewa tapak kereta, sebanyak RM971,000 berjaya dikutip bagi tahun 2015, RM1.4 juta untuk 2016 dan RM1.093 juta pada 2017.
"Bagi pendapatan menerusi sewa stadium, tahun 2015 mencatatkan pendapatan berjumlah RM2.08 juta, RM2.42 juta pada 2016 dan RM1.9 juta bagi 2017.
"Namun masih ada baki RM700,000 yang belum dikutip daripada Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu sewaan daripada Sukan SEA (Kuala Lumpur 2017) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.7 juta bagi tahun 2017," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==